Friday, August 31, 2012

Merdekaku..

                                 بسم الله الرحمن الرحيم

   
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala-galanya.Empunya diriku ini dan segala  yang dipinjamkan kepadaku.

Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang untukku mencoret kembali catatan kembara seorang hamba di bumiNya ini. Hari ini, 30 Ogos 2012, terdetik rasa hati ini untuk menulis tentang beberapa perkara yang berlalu dalam hidupku sejak dua menjak ini.

Setelah hampir setahun x update!

Demi menzahirkan kembara mencari cintaku, aku telah memikirkan satu daripada pelbagai cara yang unik iaitu Misi Jelajah Masjid. Modus operandinya adalah aku ingin jelajah ke semua masjid yang padaku menarik, mampu menambah khusyu' dan dapat merasai ketenangan beribadah. Azamku aku ingin memulakannya dengan dalam negara dulu. InsyaAllah jika ada peluang, masjid di luar negara pula.

Masjid pertama yang telah aku tawan adalah Masjid Selat Melaka. Kedudukannya di tepi laut sangat strategik bagi mereka yang menginginkan solat yang khusyu' sambil dibuai desiran ombak. Pemandangan di situ juga cantik. Alhamdulillah, misi pertama tercapai.




Ketika bulan Ramadhan yang lepas, Alhamdulillah misi kedua pula tercapai. Kali ini lokasinya di Utara Malaysia iaitu Masjid Al Bukhari Alor Star. Masjid bukan sahaja indah strukturnya, indah juga isinya. Jemaah yang ramai ditambah dengan bacaan merdu imamnya buat hati ini tersentuh.






Hari ini, Allah beri lagi peluang untuk jelajah lagi ke masjid lain iaitu Masjid Zahir. Lokasinya juga di Alor Star. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan ke 55 tahun ini, Kerajaan Kedah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di sini. Alhamdulillah, satu lagi pengalaman baru aku tempuh di sini. 

Mujurlah aku ini bukan photographer. Kalau x habis satu masjid dijelajah! Hebat arkitek2 Islam ini. Kagum dengan fikiran dan idea mereka. Hasil tangan yang diterjemah mampu menzahirkan rasa tenang apabila berada di sana. 



Berbuka puasa di kedai buah berdekatan, bersolat Maghrib dan Isya', bacaan yasin dan tahlil serta jamuan makan malam. Itu antara aktiviti di sini. 

Waktu makan malam, aku terpandang terpandang ada seorang pakcik (warga emas) sedang makan. Berpakaian serba kekurangan, daif, kelihatan uzur dan berkopiah putih. Makannya seperti orang yang jarang2 dapat makan. Terdetik hati kecilku, siapa dia ini? Anak2nya mana? Sayu rasa hati. Wajah dia memang x dapat aku lupakan. Janganlah buat macam tu pada mak ayah kita. 

=> Sebelah ini sekadar gambar hiasan =)








Berbalik kepada Misi Jelajah Masjid tadi, InsyaAllah lepas daripada ini, kalau ada masa aku akan cuba habiskan jelajah di seluruh Malaysia ini dulu sebelum ke luar negara. Dan harapanku, moga2 masjid yang terakhir buatku sepanjang kembara adalah 2 masjid ini, Masjidil Haram dan Ayasofia. Kalau boleh biarlah aku kekal di sana hingga akhir hayat. Kenapa? Ada jawapan yang hanya aku dan Allah sahaja tahu.

Ayasofia


Masjidil Haram

Sebelum aku akhiri coretan ini, aku ingin mengucapkan Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Merdekalah kita fizikal dan mental, zahir dan batin, jasmani dan rohani agar negara tercinta ini kekal terpelihara. Buat mereka yang aku banggakan, pahlawan2 negara, inilah pengorbananmu yang tidak terbayar dengan apa2 sekalipun. Berjuanglah selagi mampu. Ikhlasmu membawa keredhaan. Ingatlah, seorang perwira itu berjuang bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk bangsa tapi untuk bangsanya, bukan untuk nama tapi untuk agamanya, bukan kerana senjata2 yang hebat tapi kerana semangatnya. Boleh bekerja siang dan malam, boleh diletakkan di pos2 yang kecil, boleh meninggalkan keluarganya pada bila2 masa. Apabila jasadnya gugur, nyawanya hilang dia tetap berbangga kerana mampu berjuang sehingga ketitisan darah terakhir. 

SALAM MERDEKA!





 Haekal Ayasofia RaaMimAlifFaa    
 Ogos 2012