Friday, August 31, 2012

Merdekaku..

                                 بسم الله الرحمن الرحيم

   
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala-galanya.Empunya diriku ini dan segala  yang dipinjamkan kepadaku.

Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang untukku mencoret kembali catatan kembara seorang hamba di bumiNya ini. Hari ini, 30 Ogos 2012, terdetik rasa hati ini untuk menulis tentang beberapa perkara yang berlalu dalam hidupku sejak dua menjak ini.

Setelah hampir setahun x update!

Demi menzahirkan kembara mencari cintaku, aku telah memikirkan satu daripada pelbagai cara yang unik iaitu Misi Jelajah Masjid. Modus operandinya adalah aku ingin jelajah ke semua masjid yang padaku menarik, mampu menambah khusyu' dan dapat merasai ketenangan beribadah. Azamku aku ingin memulakannya dengan dalam negara dulu. InsyaAllah jika ada peluang, masjid di luar negara pula.

Masjid pertama yang telah aku tawan adalah Masjid Selat Melaka. Kedudukannya di tepi laut sangat strategik bagi mereka yang menginginkan solat yang khusyu' sambil dibuai desiran ombak. Pemandangan di situ juga cantik. Alhamdulillah, misi pertama tercapai.




Ketika bulan Ramadhan yang lepas, Alhamdulillah misi kedua pula tercapai. Kali ini lokasinya di Utara Malaysia iaitu Masjid Al Bukhari Alor Star. Masjid bukan sahaja indah strukturnya, indah juga isinya. Jemaah yang ramai ditambah dengan bacaan merdu imamnya buat hati ini tersentuh.






Hari ini, Allah beri lagi peluang untuk jelajah lagi ke masjid lain iaitu Masjid Zahir. Lokasinya juga di Alor Star. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan ke 55 tahun ini, Kerajaan Kedah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di sini. Alhamdulillah, satu lagi pengalaman baru aku tempuh di sini. 

Mujurlah aku ini bukan photographer. Kalau x habis satu masjid dijelajah! Hebat arkitek2 Islam ini. Kagum dengan fikiran dan idea mereka. Hasil tangan yang diterjemah mampu menzahirkan rasa tenang apabila berada di sana. 



Berbuka puasa di kedai buah berdekatan, bersolat Maghrib dan Isya', bacaan yasin dan tahlil serta jamuan makan malam. Itu antara aktiviti di sini. 

Waktu makan malam, aku terpandang terpandang ada seorang pakcik (warga emas) sedang makan. Berpakaian serba kekurangan, daif, kelihatan uzur dan berkopiah putih. Makannya seperti orang yang jarang2 dapat makan. Terdetik hati kecilku, siapa dia ini? Anak2nya mana? Sayu rasa hati. Wajah dia memang x dapat aku lupakan. Janganlah buat macam tu pada mak ayah kita. 

=> Sebelah ini sekadar gambar hiasan =)








Berbalik kepada Misi Jelajah Masjid tadi, InsyaAllah lepas daripada ini, kalau ada masa aku akan cuba habiskan jelajah di seluruh Malaysia ini dulu sebelum ke luar negara. Dan harapanku, moga2 masjid yang terakhir buatku sepanjang kembara adalah 2 masjid ini, Masjidil Haram dan Ayasofia. Kalau boleh biarlah aku kekal di sana hingga akhir hayat. Kenapa? Ada jawapan yang hanya aku dan Allah sahaja tahu.

Ayasofia


Masjidil Haram

Sebelum aku akhiri coretan ini, aku ingin mengucapkan Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Merdekalah kita fizikal dan mental, zahir dan batin, jasmani dan rohani agar negara tercinta ini kekal terpelihara. Buat mereka yang aku banggakan, pahlawan2 negara, inilah pengorbananmu yang tidak terbayar dengan apa2 sekalipun. Berjuanglah selagi mampu. Ikhlasmu membawa keredhaan. Ingatlah, seorang perwira itu berjuang bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk bangsa tapi untuk bangsanya, bukan untuk nama tapi untuk agamanya, bukan kerana senjata2 yang hebat tapi kerana semangatnya. Boleh bekerja siang dan malam, boleh diletakkan di pos2 yang kecil, boleh meninggalkan keluarganya pada bila2 masa. Apabila jasadnya gugur, nyawanya hilang dia tetap berbangga kerana mampu berjuang sehingga ketitisan darah terakhir. 

SALAM MERDEKA!





 Haekal Ayasofia RaaMimAlifFaa    
 Ogos 2012

Sunday, December 4, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum warahmatullah...

Setelah sekian lama menyepi,hari ni blog ni akan kembali bernyawa..al maklumlah,sangat busy lately...latihan ketenteraan sangat padat...online pon sekali sekala je....I'm really sorry...but,now sementara ada masa ni,boleh la aku mencoretkan serba sedikit apa yang berlaku sepanjang sebulan dua ni...

KONVOKESYEN KE-2 UPNM 2011

Tanggal 2 dan 3 OKT 2011 yang lalu, satu lagi detik bersejarah tercatat dalam hidup aku sepanjang bergelar seorang pelajar...setelah hampir 4 tahun berhempas pulas,memerah otak,bermandi peluh, akhirnya segala penat lelah ni Allah bayar semula dengan segulung ijazah...Alhamdulillah...x dapat dinafikan, mengalir jugak airmata ni walaupun hati sekeras batu ='D

Pokoknya,bukan segulung ijazah itu yang menjadi ukuran...tetapi ilmu yang dituntut itulah yang menjadi bekalan di kemudian hari...teringat kata2 Luqmanul Hakim kepada anaknya, 
"Wahai anakku,tuntutlah ilmu kerana ilmu itu menjadi harta ketika susah dan menjadi perhiasanmu ketika senang".

Apa yang pasti,jasa bakti kedua ibubapa telah aku balas walaupun ianya x seberapa...satu perkara yang aku x boleh lupa bila melihat airmata kedua mereka mengalir ketika mula2 bertemu di dewan konvo...senyuman puas terukir di wajah mereka sebagai tanda gembira dengan pencapaian aku...sesungguhnya,sebagai anak,apa lagi yang lebih baik untuk diberikan kepada kedua orang tua selain daripada kejayaan dalam hidup...benarlah kata orang,bukan mudah menjadi seorang anak...untuk membayar jasa bakti orang tua,emas segunung pun belum tentu...
Alhamdulillah,dedicated to my mum and dad, "This scroll is for both of you...and I love you forever...from bottom of my heart.."

Tidak lupa juga kepada pensyarah2,jurulatih2 dan sahabat handai yang tidak jemu2 membantu dan memberi sokongan.....Last but not least, Allah...all praises only for You...Alhamdulillah...make me a good servant,a better person, and a great actor in a film of my life...=')


Bachelor of Strategic Studies
My lovely parents
Morning Parade
My supporters..my backbone

It's me!












Reunion...SASER 4th Batch








Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Di Medan..Ramadhan di Hutan =)


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam...yang menggengam erat jiwa hamba2Nya yang bertakwa...dan menguatkan hati hambaNya yang sabar...

Hari ni, hari ke 13 Ramadhan...pejam celik pejam celik dah hampir separuh bulan kita berpuasa...terasa sekejap puasa kali ni...='(

Mana x nya, mengimbas kembali hari2 sudah, seminggu Ramadhan ku dihabiskan di tapak latihan (hutan)...aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tu adalah map reading   and compas marching...dalam bahasa mudahnya, berjalan dalam hutan,meredah bukit bukau, masuk kampung orang dan sebagainya dengan menggunakan peta dan kompas sahaja...

Berbekalkan selaras M16 + Ransum Tempur(makanan) + peta + kompas, berjalan la kami mengikut sindiket masing2 meredah belantara....haha...penatnya hanya Allah yang tahu...hari 1st kami berjalan, tu diaaa! bukit terpacak depan mata! nak xnak kena redah jugak sebab takut kalau ikut laluan lain, bearing kompas akan lari...so, memang x  mustahil la kalau sebahagian hamba2 Allah ni ter'tewas' di pertengahan hari disebabkan fatigue yang melampau...alhamdulillah, Allah beri aku sedikit kekuatan untuk bertahan even dah hampir separuh mati waktu tu....(p/s: xpe guys, yang penting jgn lupa ganti) ;)

Perjalanan kami melalui pelbagai bentuk muka bumi menjadikan kami semakin 'kreatif'...hari2 berikutnya kami mencari laluan yang lebih mudah, menggunakan denai2  supaya x tersesat walaupun jarak jika menggunakan denai lebih jauh...xpela, lebih rela berjalan jauh daripada mendaki bukit....sekali sekala ter'serempak' la dengan buah-buahan di ladang2 buah sekitar hutan tu....haaaa, apa lagi...jadi juadah berbuka la jawabnya! durian,tebu,tembikai susu...macam2 lagila..BUT, kami minta izin untuk ambil okey,bukan curi...keberkatan itu penting!

The best part dalam training kali ni adalah cooperation yang dipupuk terutamanya time kami berbuka puasa....masing2 sibuk memasak, cari air, menghidang,memancing...resepi?jangan tanyala...ape yang biasa suri rumah masak,kami pon mampu menyediakannya =D
Sebelah malam pula, bagi yang mampu bertarawikh, mereka bertarawikh....yang penat, biasala, lepas berbuka terus shut down...bagi sindiket yang xsampai lagi ke check point, mereka terpaksa bergerak malam untuk sampai ke tempat yang sepatutnya (my group la ni..haha)

 Sindiket 14 (Ketua sindiket, depan kanan =D )


 Penat!!


 Membaca peta dan kompas


 Kawasan berbukit...huh!



 Terlantar kepenatan...


Meredah sungai..

Syukur Alhamdulillah..setelah hampir 3 ke 4 hari di hutan, akhirnya kami selesai menjalani latihan dan bergerak balik ke UPNM....pengalaman berRamadhan kali ni sememangnya once in life bagi yang Airforce....bagi yang Army, maybe ada lagi lepas2 ni...apapun, sekarang tengah buat preparation untuk latihan akan datang...seminggu sebelum raya, InsyaAllah, ke hutan semula....doakan kami selamat pergi dan pulang..amin ;)

p/s: nampak gaya macam kena beraya dengan loreng je...='( apapun, HATI KENA KUAT!




Thursday, August 4, 2011

Mati Hidup Kembali..~

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam...

Minggu ini merupakan minggu yang paling relax sepanjang bergelar Batalion Zulu di UPNM...maklumlah,bulan puasa..so, training kenela relax2 sket...penat kot (alasan xboleh diterima)..
Aktiviti minggu ini antaranya adalah Kursus Smart Imam (ala2 Imam Muda laaa =D )...so, antara slot2 yang dimuatkan dalam program ini adalah:


  
Baru kejap tadi, kami telah menjalani latihan menguruskan jenazah..daripada mandi sampailah ke pengebumian...pengalaman?cerita tentang pengalaman ni, tiba2 terimbas zaman sekolah dulu masa di SASER (kini Sains Tunku Munawir =’(...  ), aku telah dipilih menjadi salah seorang daripada 9 jenazah...mandi,kafan,solat...semua dh rasa dh...tinggal lagi xkebumi je...takut~


Masa aku dibalut tu, memang terasa seperti mayat betul...xboleh bergerak langsung...datangla pulak insaf time2 ni...kawan2 lain sibuk tergelak2 tengok aku macam pocong bernyawa...tp dalam hati, Allah saja yang tahu...terbayang2 bagaimanalah keadaan sebenar bila dah mati..actually, bila kita mati, macam ni la situasi yang akan kita hadapi..cumanya, kita xboleh berinteraksi dengan orang yang sedang membalut2 kita tu...and the worst thing, sakit mati tu pasti akan terasa....bayangkanlah~

Selesai sesi mengkafankan jenazah, solat jenazah beramai2...lagilah datang sedih...terasa memang lepas ni terus masuk liang lahad, kena soal and bermacam2 lagilah..xmampu bayangkan...alhamdulillah, habis je solat, sesi bergambar dengan peserta yang terlibat,then slot tamat...fuh~~ lega!

Tapi, itu dulu..kali ni di UPNM, aku xterlibat menjadi aktor jenazah..Cuma membantu pengurusan saja...apapun, teringat  kata2 ustaz semasa sesi taklimat, “wahai insan, apakah yang paling hampir dengan kamu...jika kamu hendak mengetahui,itulah dia MAUT..”



Sahabat,adakah kita bersedia untuk semua ini...tepuk dada tanya iman...sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati...=’(

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).
Mereka yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”




Tuesday, August 2, 2011

Misi Mencari Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam...

Hari ni hari kedua berpuasa, 1432H 2011M..teringat malam pertama Ramadhan, aku bersolat di Masjid As Syakirin KLCC...suasana kt sana sangat tenang dan alhamdulillah dapat merasa nikmat khusyu' yg seketika...susah sebenarnya nk dapat mood yg mcm ni...

Faktornya? maybe persekitaran masjid yg cantik,luas dan unik...ditambah dengan suara imam yang cukup syahdu...fuh~memang tipulah kalau airmata xkeluar setitis dua...tp, bukan semua tu yg mendatangkan kekhusyukan sebenar..kalau hati betul2 lembut, solat sendiri di tempat terasing pun boleh jd khusyu'....and kalau hati tu dh gelap,keras dan kotor, bagilah tempat cantik mcm mana sekalipun, suara sedap macam mana sekalipun, tetap lalai jugak....betul x?

Okey, now berbalik kepada topik, actually aku ada satu hajat yg dh lama disimpan dan hanya tunggu masa untuk ditunaikan...kalaulah aku mampu( tolong doakan ye), aku nk pergi ke semua masjid dan tempat2 semulajadi yang menarik kt dunia ni, and then solat dan doa...bukan apa, cuma nk rasa balik nikmat khusyu' yg sekejap sepertimana yang aku cakapkan td...maklumlah, hati ni bukanlah tergolong dalam kategori lembut dan bersih..jadinya, perkara2 ni dilihat sedikit sebanyak membantu usaha aku mencari khusyu'....secara xlangsung, "merealisasikan" impian Kembara Mencari Cinta Epilog Hidup Seorang Hamba...=D

Antara tempat2 yang aku nk pergi: 










 So, bermula Ramadhan hari tu, dah bermula la misi ni...cumanya, kekangan yg aku hadapi ialah aku terikat dengan peraturan kem...susah nk keluar masuk..peluang xbanyak...mungkin satu hari nanti, bila dh bekerja...hopefully, 1 drpd 1001 hajat aku ni tercapai...apepun, aku cuma mengharap secebis doa kalian untuk impian ni...semoga Allah permudahkan..~