بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji hanya layak untuk Allah,pemilik jiwa dan diri hambanya ini....
Hari ini, 2/1/2011, di tahun baru Masihi,tergerak hati untuk menulis,berkongsi idea,pendapat,cerita dan sebagainya dalam blog baru ini...seperti tahun2 lalu,azam baru disematkan untuk mrintis saki baki hidup yang tersisa....sambutan tahun baru kali ini sangat berbeza dari tahun2 sudah....bersyukur hikmah yang diberikan Allah agar hati ini tetap terpelihara dari dosa dan maksiat...semoga ia berkekalan...
Mungkin ada yang mempersoalkan, kenapa tahun baru Masihi dijadikan pilihan untuk tanamkan azam baru??kenap tidak tahun baru Hijrah?? pokoknya,pada pandangan aku,perubahan azam dan cerita hidup baru tidaklah berpaksi kepada waktu2 tertentu sahaja kerana ia sewajarnya berlaku pada setiap masa....cumanya,lebih afdal pada tahun baru Hijrah itu kerana penghayatan yang ada di dalamnya lebih memberi kesan kepada hati individu yang bergelar Muslim....
Sebagai orang baru dalam dunia blogging ini, aku sememangnya layak digelar "saudara baru" yang memerlukan banyak teguran dan tunjuk ajar agar segala ilmu dan skop idea yang dibincangkan menjadi bermanfaat kepada semua....Aku juga seorang manusia yang daif dan penuh kekurangan....perlukan ilmu agar hati ini terus menerus disimbahi cahaya....mencari ilmu bukan mudah...Hakikat yang perlu kita terima, semakin tinggi dan banyak ilmu yang kita perolehi, semaki terasa kebodohan diri...Nasihatku,janganlah berbangga dengan ilmumu yang sedikit itu...manfaatkanlah ia untuk kesejahteraan ummah...
Melihatkan kepada perubahan arus permodenan dan teknologi zaman ini, jadinya pendekatan menggunakan medium maya ini untuk berdakwah dan berkongsi pengalaman yang baik sememangnya tepat agar kita sama2 berusaha menjadi insan terbaik....
Actually,pendekatan yang aku gunakan lebih cenderung kepada teknik penceritaan diari....so,nampak macam private,tapi ada mesej yang nak disampaikan...
Tegurlah aku jika aku melampaui batas, maafkanlah aku jika aku bersalah...sesungguhnya aku adalah manusia biasa....
"Aku adalah hamba"
No comments:
Post a Comment