بسم الله الرحمن الرحيم
Salam...
Minggu ini merupakan minggu yang paling relax sepanjang bergelar Batalion Zulu di UPNM...maklumlah,bulan puasa..so, training kenela relax2 sket...penat kot (alasan xboleh diterima)..
Aktiviti minggu ini antaranya adalah Kursus Smart Imam (ala2 Imam Muda laaa =D )...so, antara slot2 yang dimuatkan dalam program ini adalah:
Baru kejap tadi, kami telah menjalani latihan menguruskan jenazah..daripada mandi sampailah ke pengebumian...pengalaman?cerita tentang pengalaman ni, tiba2 terimbas zaman sekolah dulu masa di SASER (kini Sains Tunku Munawir =’(... ), aku telah dipilih menjadi salah seorang daripada 9 jenazah...mandi,kafan,solat...semua dh rasa dh...tinggal lagi xkebumi je...takut~
Masa aku dibalut tu, memang terasa seperti mayat betul...xboleh bergerak langsung...datangla pulak insaf time2 ni...kawan2 lain sibuk tergelak2 tengok aku macam pocong bernyawa...tp dalam hati, Allah saja yang tahu...terbayang2 bagaimanalah keadaan sebenar bila dah mati..actually, bila kita mati, macam ni la situasi yang akan kita hadapi..cumanya, kita xboleh berinteraksi dengan orang yang sedang membalut2 kita tu...and the worst thing, sakit mati tu pasti akan terasa....bayangkanlah~
Selesai sesi mengkafankan jenazah, solat jenazah beramai2...lagilah datang sedih...terasa memang lepas ni terus masuk liang lahad, kena soal and bermacam2 lagilah..xmampu bayangkan...alhamdulillah, habis je solat, sesi bergambar dengan peserta yang terlibat,then slot tamat...fuh~~ lega!
Tapi, itu dulu..kali ni di UPNM, aku xterlibat menjadi aktor jenazah..Cuma membantu pengurusan saja...apapun, teringat kata2 ustaz semasa sesi taklimat, “wahai insan, apakah yang paling hampir dengan kamu...jika kamu hendak mengetahui,itulah dia MAUT..”
Sahabat,adakah kita bersedia untuk semua ini...tepuk dada tanya iman...sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati...=’(
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.
Mereka yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
No comments:
Post a Comment