Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Di Medan..Ramadhan di Hutan =)


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam...yang menggengam erat jiwa hamba2Nya yang bertakwa...dan menguatkan hati hambaNya yang sabar...

Hari ni, hari ke 13 Ramadhan...pejam celik pejam celik dah hampir separuh bulan kita berpuasa...terasa sekejap puasa kali ni...='(

Mana x nya, mengimbas kembali hari2 sudah, seminggu Ramadhan ku dihabiskan di tapak latihan (hutan)...aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tu adalah map reading   and compas marching...dalam bahasa mudahnya, berjalan dalam hutan,meredah bukit bukau, masuk kampung orang dan sebagainya dengan menggunakan peta dan kompas sahaja...

Berbekalkan selaras M16 + Ransum Tempur(makanan) + peta + kompas, berjalan la kami mengikut sindiket masing2 meredah belantara....haha...penatnya hanya Allah yang tahu...hari 1st kami berjalan, tu diaaa! bukit terpacak depan mata! nak xnak kena redah jugak sebab takut kalau ikut laluan lain, bearing kompas akan lari...so, memang x  mustahil la kalau sebahagian hamba2 Allah ni ter'tewas' di pertengahan hari disebabkan fatigue yang melampau...alhamdulillah, Allah beri aku sedikit kekuatan untuk bertahan even dah hampir separuh mati waktu tu....(p/s: xpe guys, yang penting jgn lupa ganti) ;)

Perjalanan kami melalui pelbagai bentuk muka bumi menjadikan kami semakin 'kreatif'...hari2 berikutnya kami mencari laluan yang lebih mudah, menggunakan denai2  supaya x tersesat walaupun jarak jika menggunakan denai lebih jauh...xpela, lebih rela berjalan jauh daripada mendaki bukit....sekali sekala ter'serempak' la dengan buah-buahan di ladang2 buah sekitar hutan tu....haaaa, apa lagi...jadi juadah berbuka la jawabnya! durian,tebu,tembikai susu...macam2 lagila..BUT, kami minta izin untuk ambil okey,bukan curi...keberkatan itu penting!

The best part dalam training kali ni adalah cooperation yang dipupuk terutamanya time kami berbuka puasa....masing2 sibuk memasak, cari air, menghidang,memancing...resepi?jangan tanyala...ape yang biasa suri rumah masak,kami pon mampu menyediakannya =D
Sebelah malam pula, bagi yang mampu bertarawikh, mereka bertarawikh....yang penat, biasala, lepas berbuka terus shut down...bagi sindiket yang xsampai lagi ke check point, mereka terpaksa bergerak malam untuk sampai ke tempat yang sepatutnya (my group la ni..haha)

 Sindiket 14 (Ketua sindiket, depan kanan =D )


 Penat!!


 Membaca peta dan kompas


 Kawasan berbukit...huh!



 Terlantar kepenatan...


Meredah sungai..

Syukur Alhamdulillah..setelah hampir 3 ke 4 hari di hutan, akhirnya kami selesai menjalani latihan dan bergerak balik ke UPNM....pengalaman berRamadhan kali ni sememangnya once in life bagi yang Airforce....bagi yang Army, maybe ada lagi lepas2 ni...apapun, sekarang tengah buat preparation untuk latihan akan datang...seminggu sebelum raya, InsyaAllah, ke hutan semula....doakan kami selamat pergi dan pulang..amin ;)

p/s: nampak gaya macam kena beraya dengan loreng je...='( apapun, HATI KENA KUAT!




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Cekal Heakal. Jangan putus asa. Ingat yang bahawa musibah atau sengsara tu hanya sementara. Allah jdkan musibah tu adalah satu jalan utk menuju kebaikan. Bukan untuk menyiksa hambanya. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama dgn org yg bersabar....

    ReplyDelete