Sunday, December 4, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum warahmatullah...

Setelah sekian lama menyepi,hari ni blog ni akan kembali bernyawa..al maklumlah,sangat busy lately...latihan ketenteraan sangat padat...online pon sekali sekala je....I'm really sorry...but,now sementara ada masa ni,boleh la aku mencoretkan serba sedikit apa yang berlaku sepanjang sebulan dua ni...

KONVOKESYEN KE-2 UPNM 2011

Tanggal 2 dan 3 OKT 2011 yang lalu, satu lagi detik bersejarah tercatat dalam hidup aku sepanjang bergelar seorang pelajar...setelah hampir 4 tahun berhempas pulas,memerah otak,bermandi peluh, akhirnya segala penat lelah ni Allah bayar semula dengan segulung ijazah...Alhamdulillah...x dapat dinafikan, mengalir jugak airmata ni walaupun hati sekeras batu ='D

Pokoknya,bukan segulung ijazah itu yang menjadi ukuran...tetapi ilmu yang dituntut itulah yang menjadi bekalan di kemudian hari...teringat kata2 Luqmanul Hakim kepada anaknya, 
"Wahai anakku,tuntutlah ilmu kerana ilmu itu menjadi harta ketika susah dan menjadi perhiasanmu ketika senang".

Apa yang pasti,jasa bakti kedua ibubapa telah aku balas walaupun ianya x seberapa...satu perkara yang aku x boleh lupa bila melihat airmata kedua mereka mengalir ketika mula2 bertemu di dewan konvo...senyuman puas terukir di wajah mereka sebagai tanda gembira dengan pencapaian aku...sesungguhnya,sebagai anak,apa lagi yang lebih baik untuk diberikan kepada kedua orang tua selain daripada kejayaan dalam hidup...benarlah kata orang,bukan mudah menjadi seorang anak...untuk membayar jasa bakti orang tua,emas segunung pun belum tentu...
Alhamdulillah,dedicated to my mum and dad, "This scroll is for both of you...and I love you forever...from bottom of my heart.."

Tidak lupa juga kepada pensyarah2,jurulatih2 dan sahabat handai yang tidak jemu2 membantu dan memberi sokongan.....Last but not least, Allah...all praises only for You...Alhamdulillah...make me a good servant,a better person, and a great actor in a film of my life...=')


Bachelor of Strategic Studies
My lovely parents
Morning Parade
My supporters..my backbone

It's me!












Reunion...SASER 4th Batch








Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Di Medan..Ramadhan di Hutan =)


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam...yang menggengam erat jiwa hamba2Nya yang bertakwa...dan menguatkan hati hambaNya yang sabar...

Hari ni, hari ke 13 Ramadhan...pejam celik pejam celik dah hampir separuh bulan kita berpuasa...terasa sekejap puasa kali ni...='(

Mana x nya, mengimbas kembali hari2 sudah, seminggu Ramadhan ku dihabiskan di tapak latihan (hutan)...aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tu adalah map reading   and compas marching...dalam bahasa mudahnya, berjalan dalam hutan,meredah bukit bukau, masuk kampung orang dan sebagainya dengan menggunakan peta dan kompas sahaja...

Berbekalkan selaras M16 + Ransum Tempur(makanan) + peta + kompas, berjalan la kami mengikut sindiket masing2 meredah belantara....haha...penatnya hanya Allah yang tahu...hari 1st kami berjalan, tu diaaa! bukit terpacak depan mata! nak xnak kena redah jugak sebab takut kalau ikut laluan lain, bearing kompas akan lari...so, memang x  mustahil la kalau sebahagian hamba2 Allah ni ter'tewas' di pertengahan hari disebabkan fatigue yang melampau...alhamdulillah, Allah beri aku sedikit kekuatan untuk bertahan even dah hampir separuh mati waktu tu....(p/s: xpe guys, yang penting jgn lupa ganti) ;)

Perjalanan kami melalui pelbagai bentuk muka bumi menjadikan kami semakin 'kreatif'...hari2 berikutnya kami mencari laluan yang lebih mudah, menggunakan denai2  supaya x tersesat walaupun jarak jika menggunakan denai lebih jauh...xpela, lebih rela berjalan jauh daripada mendaki bukit....sekali sekala ter'serempak' la dengan buah-buahan di ladang2 buah sekitar hutan tu....haaaa, apa lagi...jadi juadah berbuka la jawabnya! durian,tebu,tembikai susu...macam2 lagila..BUT, kami minta izin untuk ambil okey,bukan curi...keberkatan itu penting!

The best part dalam training kali ni adalah cooperation yang dipupuk terutamanya time kami berbuka puasa....masing2 sibuk memasak, cari air, menghidang,memancing...resepi?jangan tanyala...ape yang biasa suri rumah masak,kami pon mampu menyediakannya =D
Sebelah malam pula, bagi yang mampu bertarawikh, mereka bertarawikh....yang penat, biasala, lepas berbuka terus shut down...bagi sindiket yang xsampai lagi ke check point, mereka terpaksa bergerak malam untuk sampai ke tempat yang sepatutnya (my group la ni..haha)

 Sindiket 14 (Ketua sindiket, depan kanan =D )


 Penat!!


 Membaca peta dan kompas


 Kawasan berbukit...huh!



 Terlantar kepenatan...


Meredah sungai..

Syukur Alhamdulillah..setelah hampir 3 ke 4 hari di hutan, akhirnya kami selesai menjalani latihan dan bergerak balik ke UPNM....pengalaman berRamadhan kali ni sememangnya once in life bagi yang Airforce....bagi yang Army, maybe ada lagi lepas2 ni...apapun, sekarang tengah buat preparation untuk latihan akan datang...seminggu sebelum raya, InsyaAllah, ke hutan semula....doakan kami selamat pergi dan pulang..amin ;)

p/s: nampak gaya macam kena beraya dengan loreng je...='( apapun, HATI KENA KUAT!




Thursday, August 4, 2011

Mati Hidup Kembali..~

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam...

Minggu ini merupakan minggu yang paling relax sepanjang bergelar Batalion Zulu di UPNM...maklumlah,bulan puasa..so, training kenela relax2 sket...penat kot (alasan xboleh diterima)..
Aktiviti minggu ini antaranya adalah Kursus Smart Imam (ala2 Imam Muda laaa =D )...so, antara slot2 yang dimuatkan dalam program ini adalah:


  
Baru kejap tadi, kami telah menjalani latihan menguruskan jenazah..daripada mandi sampailah ke pengebumian...pengalaman?cerita tentang pengalaman ni, tiba2 terimbas zaman sekolah dulu masa di SASER (kini Sains Tunku Munawir =’(...  ), aku telah dipilih menjadi salah seorang daripada 9 jenazah...mandi,kafan,solat...semua dh rasa dh...tinggal lagi xkebumi je...takut~


Masa aku dibalut tu, memang terasa seperti mayat betul...xboleh bergerak langsung...datangla pulak insaf time2 ni...kawan2 lain sibuk tergelak2 tengok aku macam pocong bernyawa...tp dalam hati, Allah saja yang tahu...terbayang2 bagaimanalah keadaan sebenar bila dah mati..actually, bila kita mati, macam ni la situasi yang akan kita hadapi..cumanya, kita xboleh berinteraksi dengan orang yang sedang membalut2 kita tu...and the worst thing, sakit mati tu pasti akan terasa....bayangkanlah~

Selesai sesi mengkafankan jenazah, solat jenazah beramai2...lagilah datang sedih...terasa memang lepas ni terus masuk liang lahad, kena soal and bermacam2 lagilah..xmampu bayangkan...alhamdulillah, habis je solat, sesi bergambar dengan peserta yang terlibat,then slot tamat...fuh~~ lega!

Tapi, itu dulu..kali ni di UPNM, aku xterlibat menjadi aktor jenazah..Cuma membantu pengurusan saja...apapun, teringat  kata2 ustaz semasa sesi taklimat, “wahai insan, apakah yang paling hampir dengan kamu...jika kamu hendak mengetahui,itulah dia MAUT..”



Sahabat,adakah kita bersedia untuk semua ini...tepuk dada tanya iman...sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati...=’(

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).
Mereka yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”




Tuesday, August 2, 2011

Misi Mencari Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam...

Hari ni hari kedua berpuasa, 1432H 2011M..teringat malam pertama Ramadhan, aku bersolat di Masjid As Syakirin KLCC...suasana kt sana sangat tenang dan alhamdulillah dapat merasa nikmat khusyu' yg seketika...susah sebenarnya nk dapat mood yg mcm ni...

Faktornya? maybe persekitaran masjid yg cantik,luas dan unik...ditambah dengan suara imam yang cukup syahdu...fuh~memang tipulah kalau airmata xkeluar setitis dua...tp, bukan semua tu yg mendatangkan kekhusyukan sebenar..kalau hati betul2 lembut, solat sendiri di tempat terasing pun boleh jd khusyu'....and kalau hati tu dh gelap,keras dan kotor, bagilah tempat cantik mcm mana sekalipun, suara sedap macam mana sekalipun, tetap lalai jugak....betul x?

Okey, now berbalik kepada topik, actually aku ada satu hajat yg dh lama disimpan dan hanya tunggu masa untuk ditunaikan...kalaulah aku mampu( tolong doakan ye), aku nk pergi ke semua masjid dan tempat2 semulajadi yang menarik kt dunia ni, and then solat dan doa...bukan apa, cuma nk rasa balik nikmat khusyu' yg sekejap sepertimana yang aku cakapkan td...maklumlah, hati ni bukanlah tergolong dalam kategori lembut dan bersih..jadinya, perkara2 ni dilihat sedikit sebanyak membantu usaha aku mencari khusyu'....secara xlangsung, "merealisasikan" impian Kembara Mencari Cinta Epilog Hidup Seorang Hamba...=D

Antara tempat2 yang aku nk pergi: 










 So, bermula Ramadhan hari tu, dah bermula la misi ni...cumanya, kekangan yg aku hadapi ialah aku terikat dengan peraturan kem...susah nk keluar masuk..peluang xbanyak...mungkin satu hari nanti, bila dh bekerja...hopefully, 1 drpd 1001 hajat aku ni tercapai...apepun, aku cuma mengharap secebis doa kalian untuk impian ni...semoga Allah permudahkan..~




Sunday, July 10, 2011

"Bagimu pejuang.."

بسم الله الرحمن الرحيم


Bagi seorang pejuang,
senjata itulah nyawanya,
ilmu itulah perisainya,
amalan itu adalah hartanya,
perjuangan itu jiwa dan hatinya,
keseorangan itulah temannya,
sahabat adalah keluarganya,
menang,kalah,gugur adalah keputusan hidup...yang dicorakkannya sendiri..dan dengan kehendak takdir yang tidak mampu ditolak...
setiap detik yang dihabiskan,
setiap perbuatan yang dizahirkan,
tidaklah lain, hanyalah untuk 2 tujuan;
"Menang atau Syahid"

Saturday, March 19, 2011

Kemanisan Iman

بسم الله الرحمن الرحيم


"Along..meh sini jap.."

Aku berlari mendapatkan emak..pantas,tangannya menghulurkan sesuatu kepadaku..

"Ambil ni..baca dan hafal..nanti mak tanya.."

Ku belek2 helaian risalah doa yang diberikan...ada satu ayat yang menarik perhatian..ayatul kursi....al maklumla baru berusia 8thun...darjah 2..so, xtaula apa yg dimaksudkan ayat kursi tu...tergambar dalam fikiran..Allah duduk atas kerusi ke?pemikiran yang xmatang..namun masih boleh dimaafkan...

Yang bestnya,ayat tu ditulis dalam tulisan rumi...jadi agak mudah aku membacanya...
hari ke hari aku membacanya...utk menghafal..lama2 aku terasa seperti ada sesuatu yang menyentuh jiwa...mmg diakui,aku seorang budak yang sangat nakal waktu tu...mana xnya,setakat melawan mak ayah tu, perkara kecil..itu xtmasuk kenakalan lain lagi...what a worst child life story!

Tp selepas peristiwa ayatul kursi tu, aku mula tertarik utk belajar agama...mula bersolat..mula berdoa..sejak dari haritu, hinggalah ke thun2 berikutnya,aku mula merasai tenang,gembira...kalau ibadah tu tertinggal, rasa bersalah yang xsudah2...mungkin inilah yang dikatakan kemanisan iman...

Namun, kini, aku dapat merasakan perkara itu tidak lagi berlaku...sedikit demi sedikit ia hilang....puncanya,diriku sendiri...yang xberusaha mempertahankanya....rasa sedih,kecewa,menyesal semuanya hadir...aku cuma berharap,suatu hari nanti aku dapat kembali seperti dulu...aku mendoakan juga agar orang2 yang telah menemui kemanisan iman itu tidak menjadi sepertiku....apa2 pun,selagi hela nafas ni ku tarik,kemanisan tetap dalam pencarian...semoga Allah membantuku.....amin...=")


قَالَ إِنَّمَآ أَشۡكُواْ بَثِّى وَحُزۡنِىٓ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

" Sesungguhnya hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan ksedihan ku, dan aku mengetahuidari Allah apa yang kamu tidak ketahui..." (Yusuf:86)

Wednesday, January 19, 2011

Allah ='i


Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling





p/s : It is very hard to be a good servant...forgive me Allah...

Monday, January 10, 2011

January (11/1/11)

بسم الله الرحمن الرحيم


11/1/11..


Allah,seketika ini genaplah 22 tahun Kau mengirimku kedunia..menggalas tugas sebagai khalifah dan hamba..alhamdulillah,aku masih dicintaiMu..ampunkanlah daku sepertimana diriku pada saat ini 22 tahun yang lalu..


Muhammad,aku mengenalimu sejak lahirku..malahan namamu adalah sebahagian dari namaku..salam sejahtera ke atasmu dan keluarga wahai kekasih Allah..cahaya keberkatan yang kau bawa menyinari hati umatmu ini sehingga kini..


Emak dan ayah,kasih sayangmu telah aku rasa hampir sepertiga hidupku..Kaulah kekuatanku di dunia..membesarkan aku hingga berjaya...sehingga ke akhir hayatku tidakkan mampu aku membalas jasa baikmu...hanyalah doa kuiringimu selalu..


Adik-adik,kalian adalah permata hatiku..hadir disaat ku keseorangan...bersama-samaku di saat susah dan senang...ceria,tawa dan tangis kalian adalah milikkku jua...kalian tiada pengganti selamanya...


Saudara dan sahabatku,aku melihat kalian seperti tiang-tiang yang bersamaku menegakkan langit harapan..tembok yang utuh mempertahankan cita dan impian...terima kasih kerana mewarnai hidupku...menjadi sebahagian watak dalam cerita kehidupanku...


Duhai si empunya diri yang sempurna..sesungguhnya umurmu itu semakin singkat..habiskanlah sisa-sisa hidupmu ini dengan kebaikan dan amalan..22 tahun belum cukup banyak untuk kau banggakan dengan amalmu yang sedikit..22 tahun juga sudah  terlalu lama untuk kau akhiri segala perbuatan dosamu...kembalilah,suatu hari nanti kau akan kembali jua..


MUHAMMAD HAEKAL AZMAN




    

Sunday, January 9, 2011

Salute

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Topik hari ini adalah “salute” atau bahasa melayunya tabik hormat atau memberi salam.....ia merupakan simbol yang digunakan di hampir keseluruhan organisasi pertahanan di dunia terutamanya tentera dan polis...salute adalah suatu tradisi regimental yang menunjukkan tanda hormat kepada mereka yang lebih berkuasa dalam organisasi atau dalam bahasa mudah yang pangkatnya lebih tinggi....

Sejarah salute ini banyak dan bermacam2 versi...kalau nak tahu dengan lebih lanjut,cari sendiri di internet...;) Secara amnya, salute ini ada pelbagai jenis mengikut tradisi regimental negara masing2...di Iran, gaya salute mereka menyerupai gaya salute tentera Nazi Jerman pada era Perang Dunia Kedua....dalam Angkatan Tentera Malaysia pula, gaya salute yang dilakukan lebih berpaksikan kepada gaya salute British memandangkan kita pernah dijajah oleh mereka suatu ketika dahulu dan mereka jugalah “pioneer” kepada tertubuhnya ATM....




Di sini, kami diajar bagaimana salute dilakukan ketika berjalan,menggunakan senjata dan pedang.....salute adalah perkara penting dan begitu diberi penekanan dalam kehidupan sebagai tentera...sememangnya salute merupakan satu cabang daripada ratusan cabang disiplin....membentuk peribadi yang sentiasa menyanjung tinggi hormat-menghormati...


Itu dalam cerita dalam tentera....dalam kehidupan harian kita sebagai Muslim, amalan salute ini kita praktikkan secara berterusan di dalam solat....rukuk dan sujud adalah simbolik kepada amalan ini....adakah kita menyedarinya? Ia menjadikan kita hamba yang tahu mensyukuri nikmat,menyanjung tinggi rahmat yang diberikan oleh Pencipta, mendidik hati agar sentiasa sedar kita adalah hamba sepanjang masa.....semakin banyak salute yang kita lakukan, semakin tinggi penghormatan yang diberikan Allah kepada kita....dengan itu, darjat dan martabat seseorang itu juga tinggi disisi makhlukNya....salute kita kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW pula berupa selawat yang harus menjadi makanan harian setiap Muslim...



Jadi, sahabat2ku...marilah sama2 kita berusaha memperbaiki salute kita kerana xrugi pun menzahirkannya....ia seperti cermin kerana apa yang kita buat, kita akan dapat balik...kebaikannya akan kembali kepada kita.....percayalah..




So, kepada my senior2 yang akan ditauliahkan 15 Januari ini, all the best to all of you....give your best salute to our Supreme Commander, YDP Agong....semoga tuan2 mendapat keberkatan dan penghormatan apabila digelar pegawai nanti....;)






Give your salute to Allah....by solat
Give your salute to Muhammad...by selawat
Give your salute to yourself...salute the others!




'Aku adalah Hamba"

Saturday, January 8, 2011

Hati


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....


Semalam, sementara menunggu khutbah Jumaat bermula aku termenung jauh...membayangkan diri berada di suatu tempat yang sangat asing dan jauh dari pengetahuan manusia....duduk,perhati dan fikir...aku dapat merasakan kehadiran "tenang" itu walaupun tidak berada ditempat yang sebenar......keinginan untuk berada di situ ada,cuma kesempatan yang tiada.....rupa2nya, baru aku sedar....hadirnya tenang itu datang bila kita sentiasa berusaha mencarinya....ketenangan hati itu datang bilamana kita hadirkan zikir dan fikir dalam diri.....


Berbicara tentang soal hati sama seperti menyelam ke dasar laut mencari sesuatu.....terlalu luas dan misteri....kadangkala kita sendiri tidak mampu menghadapi gelora dan tekanannya.....namun,laut xselalunya bergelora....sampai masa ia tetap akan reda,tenang......samalah sifatnya dengan hati...


Tidak semua orang mempunyai hati yang tenang....kalau ada pun tidak konsisten...mendidik hati menjadi tenang adalah tugas kita kerana setiap hari kita bekerja dengan hati.....hati adalah penentu segala perbuatan kita....hati juga yang mencorak peribadi individu......bak kata pepatah, "Akal adalah menteri,Hati adalah rajanya".....hati yang tenang dan bersih,adalah hati yang sangat berharga....menjadikan seseorang itu mulia bukan sahaja disisi Allah,malah disisi makhlukNya....


Apa yang ingin dikongsi disini, dalam buku Lembaran Hidup Para Ulama, Warisan Ilmuan Islam ada menyebut tentang kehebatan ulama2 silam yang bukan sahaja hebat dalam bidang masing2 malahan berupaya mendalami dan mengubati penyakit2 hati....mereka dikatakan orang yang paling arif dengan selok-belok hati....orang2 seperti inilah yang kita perlukan sekarang untuk membantu memahami hati kita dengan lebih baik...alangkah indahnya jika kita dapat berjumpa dengan orang2 seperti mereka....sayang,kita hanya mampu membaca sejarah hidup,tapi xdapat hidup bersama2 mereka....namun itu bukan alasan!


Ulama adalah pewaris Nabi...segala apa yang disampaikan mereka adalah ilmu2 yang diwarisi daripada junjungan kita Nabi Muhammad SAW....kita seharusnya berusaha mengikuti jejak ulama2 ini agar hati kita sentiasa tenang...agar ilmu tentang hati ini dapat diwarisi pula kepada generasi akan datang....jadi,selain zikir,ada satu ayat Al Quran yang jika kita baca, dapat melembut dan mententeramkan hati....ayat ini daripada Surah Al Fajr (27-30):

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى




"Wahai Jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai, maka masuklah kedalam golongan hamba-KU dan masuklah kedalam surga-KU"

Sama2 kita amalkan....


p/s: kalaulah diberi peluang dan kesempatan, teringin juga nak mengkaji "hati dan otak"....sebab dua benda inilah tempat letaknya jiwa dan akal...;)-

"Aku adalah Hamba"



Sunday, January 2, 2011

Al Quran, Sains dan Geografi

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum....

Tengah sibuk mengemas diari2 lama tadi,tiba2 terjumpa sehelai nota yang pernah aku tulis waktu lecture dulu...actually nota ni  bertarikh 11/9/2007...baru aku ingat, Tuan Hj Hussien Long, lecturer kimia aku yang bagi time kelas dia....semak2 balik,xdela pulak notes kimia yang aku ambil....haha..nampak sangat malas study subjek dia...never mind...

The point is, ada satu data yang dia dapat dari seorang tokoh agama ni...namanya Dr.Tariq Al Suwaidani...katanya,tokoh ni mengkaji Al Quran bertahun2 dan cuba mengaitkan Al Quran dengan Sains...Al Quran dengan Geografi...jadinya, dia telah menemui satu keputusan yang xdisangka2....statistik dan data yang diperoleh dari Al Quran sememangnya tepat dengan kajian sains dan geografi sepertimana kita belajar hari ni.....menakjubkan!

Berikut adalah hasil kajian beliau:

Ad Dunia = 115 (nombor melambangkan bilangan sebutan di dalam Al Quran)
Al Akhirat = 115

nampak x keseimbangan dua istilah ni?okey now we proceed... 

Malaikat = 88
Syaitan = 88
Hayat = 145
Maut = 145
Rijal(lelaki) = 24
Maraah(wanita) = 24
Shahru(bulan) = 12 ( jan - dis) / ( muharram - zulhijjah)
Yaum(hari) = 365

Bahar(laut) = 32
Barr(darat) = 13

Bahar + Barr = 32 + 13 = 45

Bahar = 32/45 x 100
           = 71.11% (peratus litupan air di muka bumi)

Barr = 13/45 x 100 
        = 28.89% (peratus permukaan daratan di muka bumi)

Subhanallah! wow! terkejut kami mendengarnya.....begitu hebat ciptaan Allah...semuanya saling berkaitan...memang benar, ilmu yang terkandung dalam Al Quran itu merangkumi semua aspek kehidupan....tinggal lagi kita je yang nak atau x mengkaji dan menggali khazanah ilmu di dalam Kalamullah ni....

So, kalau kita boleh study buku2 ilmiah yang tebal2,apa salahnya luangkan sedikit masa untuk membaca dan memahami Al Quran....ketahuilah,Al Quran adalah dasar kepada segala ilmu...

 "Aku adalah hamba"